TONTON TV DULU...!

Showing posts with label Mikroorganisma berfaedah. Show all posts
Showing posts with label Mikroorganisma berfaedah. Show all posts

Monday, February 23, 2009

CERITA IKAN KELI


Ikan Keli adalah ikan air tawar yang banyak terdapat di negara-negara ASEAN, khususnya di Malaysia. Di sesetengah tempat khususnya di Selangor, ikan keli disebut sebagai "ikan semilang". Bagi orang Perak, ikan semilang hanya hidup di laut.
Ikan keli boleh didapati di kebanyakan sawah padi, contohnya di Pahang, di Paya Pahang Tua, Mambang, Ganchong dan Paloh Hinai, Pekan. Ia juga banyak terdapat di Tasik Chini, Paya Bungor atau Bera. Keli juga menghuni di kuala anak sungai kecil seperti Sungai Lepar di Paloh Hinai hingga ke Jerantut dan Kuala Lipis, selain di Sungai Bera dan Sungai Serting Antara jenis-jenis ikan keli yang boleh didapati adalah:-
Ikan Keli Kayu
Ikan Keli Bunga
Ikan Keli Eksotika
Ikan Keli Limbat
Ikan Keli Mata Kati
Ikan Keli Rusia
Ikan Keli Afrika


Ikan ternakan
Ikan keli boleh dipelihara di dalam kolam besar atau sekadar di dalam kolah. Ia mudah membiak dengan memberi makan reja daging ayam, lemak ayam dan sebagainya. Harga sekilo ikan keli yang sudah disiang hanya RM5.00 di pasar Semenyih.
Dalam bahasa Jawa dan di Indonesia pada amnya, ikan keli disebut "ikan lele".






Kepercayaan
Bagi sesetengah tempat khususnya di Hilir Perak dan Kampung Gajah, Perak, ikan keli tidak dimakan atau kurang dimakan kerana kepercayaan 'kuno' ikan keli berasal daripada berudu, iaitu anak katak.
Jika orang mati lemas di Sungai Perak, mayat yang hanyut dan telah reput itu biasanya dimakan oleh ikan keli. Mereka menjumpai dalam mayat tersebut beberapa ekor ikan keli. Mungkin kerana cerita-cerita sebegini, ikan keli 'kurang digemari' di Hilir Perak dan Kampung Gajah, Perak.
Sebaliknya di Kelantan, Terengganu, Pahang, Semenyih, Selangor, dan tempat-tempat lain di Malaysia ikan keli menjadi hidangan istimewa dalam kenduri keluarga.





TEKNOLOGI DALAM TERNAKAN KELI

Teknologi baru dalam ternakan keli boleh diaplikasi pada dua keadaan iaitu untuk tujuan penjagaan kualiti air dan meningkatkan kadar pencernaan makanan oleh ikan. Dua teknologi yang digunakan sebagai pilihan adalah seperti di bawah.



















1.1 Mikroorganisma berfaedah ( EM )

o Fungsi EM antaranya ialah :
§ untuk menggalakkan pertumbuhan plankton / air hijau,
§ menguraikan bahan toksik kepada unsur tidak merbahaya,
§ membantu proses pencernaan makanan

o Kadar bakteria aktif yang digunakan ( EMAS 2 ) adalah 1 liter bagi setiap meter padu air tangki ( 1 liter/m3 ). Selepas 3 hari, dalam keadaan cuaca panas, air akan menjadi hijau.

o Keputusan yang akan diperolehi dengan penggunaan EMAS 2 antara lain ialah air ternakan dan hasil tidak akan berbau lumpur / plankton. Air yang sama boleh digunakan untuk sekurang-kurangnya 2 pusingan ternakan walaupun keadaan air kelihatan kotor.

1.2 Azomite ( A to Z minerals including trace elements )

o Fungsi teknologi azomite adalah hampir sama dengan EM
o Azomite ialah produk dari deposit gunung berapi purba yang dikenalpasti baik untuk pertanian organik. Ia merangsang sintesis protein yang akan menghasilkan sel-sel imunisasi apabila diancam penyakit
o Azomite mengandungi 67 mineral dan unsur-unsur semulajadi yang stabil. Umumnya ia membantu meningkatkan tumbesaran dan status kesihatan.

· Sebelum memberi makan ikan, Azomite disediakan pada kadar 1 gram / 1 liter air
· sediakan jumlah makanan yang mencukupi ( rujuk contoh pengiraan dalam pengurusan makanan ) dan rendam makanan ke dalam campuran bahan di atas sehingga ia meresap ke dalam pellet tersebut
· beri ikan makan setiap hari

o Saiz ikan dan kualiti hasil ternakan akan bertambah baik berbanding sistem ternakan yang sama tetapi tanpa menggunakan teknologi Azomite. Hasil kajian mendapati kadar tumbesaran ikan meningkat antara 15 – 45 % dalam tempoh ternakan yang sama.

Test your Internet connection speed at Speedtest.net